Senin, 23 September 2013

doa mustajab


“Yuhibbu Nahum Kahub Billah Wallazi Na Amanu Asyaddu Hubba Lillah Zuyyi Linnasi Hubbusyh Shahwati Minannisai Wal Bani Nawal Qanar Tiril Muqantharah”
Ayat dari surah An Nisa
Baca ayat ni sekali pun dah cukup untuk seharian. Ayat ni untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara seorang individu dengan individu lain. Insya Allah nanti ada la kawan-kawan yang akan rasa rindu dengan kita. Ini juga bagus untuk hubungan suami isteri. 
Sang Arjuna says: 7 Mac 2011 at 5:43 pm (Sunting) 
Assalamualaikum
Sebenarnya ayat di atas adalah gabungan dari sebahagian ayat Surah Al-Baqarah ayat 165 dan Surah Ali-Imran ayat 14…sekali lagi saya tekankan, ianya sebahagian dan ayat yg digabungkan..
Yuhibbunahum kahubillahi wallazina amanuu ashaddu hubbanlillah (Al-Baqarah:165) [Mereka mencintainya (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yg beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah]

Zuyyinalinnasi hubbushahawati minannisa’i walbani na walqanaathiril muqanthorotiminazzahabi walfidhah (Ali-Imran:14) [Dihiasikan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta-benda yang banyak bertimbun-timbin dari emas dan perak]
Ingat…bacaan yg jelas hanya dari tulisan jawi shj..mungkin tulisan rumi sy di atas ada kesalahan tajwid..sila rujuk Al-Quran anda.
Amalan: Sebelum baca, niatkan kepada sesiapa shj yg anda ingin dikasihi (suami,isteri,anak2,kawan2,boss atau sesiapa shj)…sebutan namanya…contoh: Ku niatkan membaca petikan surah Al-Baqarah ayat 165 dan surat Ali-Imran ayat 14 ini supaya suamiku “Si polan bin Si polan” cinta-kasih-sayang dan rindu pada ku kerana Allah Ta’ala. Baca 10 kali selepas solat suboh dan maghrib…
Satu lagi peringatan…amalan ini perlu diulang2, bukannya sekali buat terus jadi…perlu yakin, istiqamah dan insya-Allah anda akan ketemu dgn tujuan murni anda..sekadar berkongsi
Wallahu’alam

Doa ini adalah rahsia amalan para ulamak dahulu kala agar wang yang dimiliki tidak pernah kekeringan. Sering saja rezeki yang tidak terdugaa akan mendatang sebaik saja wang hampir

kekeringangan. Jika doa ini diamalkan menurut tertip yang dianjurkan Insyaallah anda tidak pernah kehabisan wang.
Doanya; Bismilahirahmanirahim muhammadun Rasulullahi shallallahu alaihi wassalam, ahmadur Rasulillahi shallallahu alaihi wassalam.
Waktu dibaca; Dibaca pada malam jumaat terakir di bulan Rejab sebanyak 35 kali.
← Doa kencing tak lawas
Doa nampak ngacang →
Doa jangan marah
Posted on 25 April 2013 by pakcikli00 

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم،اللهم اغفرلي ذنبي واذهب غيظ قلبي وأجرني من الشيطان الرجيم|
“A’uudzubillahi minassyathonirrojiim, allahummaghfirli dzanbi wadzhib ghoidho qolbii, wa ajirnii minasy syaithoonirrojiim.

Artinya : Aku berlindung kepada Allah dari setan yang terkutuk, Yaa Allah ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari setan yang terkutuk.

Doa pengasih ini baik diamalkan supaya mendapat kekasih yang dihajati. Jika suka seseorang itu berusahalah secara baik dan bukan secara paksaan seperti menggunakan minyak pengasih, minyak cenuai dan lain-lain minyak yang dimentarakan dengan menggunakan sihir. 
Jika mengamalkan ayat-ayat suci Allah SWT akan mendapat berkat serta kasih sayang yang tulin. Kasih sayang berpanjangan. Jika menggunakan ilmu pengasih yang menggunakan sihir, selepas masanya, kekasih anda akan sedar dia disihirkan. Jauhkan sihir kerana ia adalah syirik dan dosa besar. Tak bau syurga bila mati.
Banyak ilmu-ilmu pengasih diantara ilmu pengasih yang terbaik ialah Doa Pengasih Nabi Yusuf. Untuk mengetahuan Doa Pengasih ini amat kuat sekali jika di amalkan selalu selain ianya boleh membuat individu-individu yang berdepan dengan orang yang selalu mengamal doa ini akan rasa kasihan dan amat sayang kepada orang tersebut.
Amalkan dua doa ini yang sebaik-baiknya kepada mereka yang berhajat mendapat kekasih hati supaya dijadikan teman hidup.
Cara-caranya: 

Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih atau suami anda, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Dihembus perlahan kearah mukanya. Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali. 
Wasallam. 
  1. Setiap wirid dibaca 2000X kecuali [يا ذا الجلال والإكرام] hendaklah diwiridkan lebih dari 2000X kali.

2. Semasa berwirid hendaklah di tempat yang jauh dari org ramai dan berpuasa selama 7 hari mulai hari Ahad.
 3. Amalkan sehingga mendapat hikmat kalau tidak ia mendapat hikmat hendaklah dimulai dari aal sampailah mendapat hikmat. Setiap yang berkehendak pasti akan dapat dengan izin Allah.  4. Hikmatnya bermaksud mendapat tanda-tanda bahawa amalannya diijab kabul oleh Allah. Antaranya melihat rupa singa berkepala manusia tersurat padanya surah al-Fatihah di kepalanya, surah Yasin di tubuhnya atau datang padanya Rasulullah menyurat padanya yakni memberi wejangan padanya samada berupa amalan atau kata-kata dan ianya adalah pakaian utama bagi para hulubalang.
 5. Tanda-tanda ini hanyalah berupa pengalaman-pengalaman dari orang yang mengamalnya dan ianya berbeza pada setiap orang. Dalam menghadapi peperangan yang menuntut umat Islam bangkit melawan musuh sebagaimana zaman darurat melawan pengganas komunis ada beberapa amalan yang masih wujud hingga ke hari ini.  Amalan sedemikian adalah jalan menuntut keredhaan Ilahi yang dibawa oleh alim ulama zaman bahari (dahulu) bagaimana kekuatan jasmani sahaja tidak memadai melainkan digarap dengan kekuatan rohani.  Kesungguhan untuk mendaptkan pertolongan Allah menuntut setiap pengamalnya sedia melakukan beberapa amalan para solihin selain mentaati perintah yang fardu dan meninggalkan perkara yang dilarang (haram).  Amalan Empat Zikir yang lebih dikenali Ayat 4 menjadi amalan zikir yang amat mustajab di amalkan bagi menghadapi musuh durjana ayng menyerang, memperkosa dan membunuh orang Islam. Selain itu ada beberapa zikir dan doa yang baik untuk di praktikkan bagi memperkukuhkan kekuatan yang dipohon kehadrat Allah SWT.  Dari ayat empat tadi terdapat kekuatan hikmah dan doa permohonan kita kepada Allah Ta’ala agar kita diberi kekuatan dan perlindungan. Malah, musuh yang melihat pengamalnya pasti akan gerun, kaku dan dengan izin Allah boleh dikalahkan.  Zikir membawa erti ingat akan Allah. Apakala kita ingat padaNYA, maka DIA ingat pada kita. Maknanya ada penyerahan diri kepada Allah dalam zikir dan permintaan kita melalui doa agar kita di lindungi membawa suatu keyakinan yang mutlak dalam ilmu Banjar ini.  Apakala sudah di lindungi Allah tiada apa lagi kainat yang dapat membinasakan kita melainkan Allah. Maka Ayat 4 sebaiknya di amalkan sebagai zikirullah dan wajar diamalkan sebaik-baiknya tanp sekali-kali melakukan perkara yang mungkar dan maksiat.  Bagi mengelakkan daripada panas baran kepada pengamalnya, malah memberikan ketenangan hati dan keyakinan bahawasanyan Allah berdiri dengan sendiriNYA. Tiada
kuasa yang lebih kuat selain Allah. Kainat tiada memberi bekas. Maka jatuh pada tilikan hakikat kita bahawasanya sekelian yang baharu lemah seperti air dan kainat tidak akan memberi bekas. Nota: Kainat adalah sesuatu yang bergerak bernyawa dan sesuatu apa jua yang hendak membinasakan kita.  Iringi setiap kali amalan ini dilakukan dengan membaca Selawat Sifa” 11 kali setiap kali lepas solat fardu agar terhindar daripada panas baran dan banyakkan beristighfar.  Kepada Allah yang maha mengetahui dan penyerahan hakiki diri kita yang sebenar-benar diri. Antara kita dan DIA tiada bersekutu dan tiada bercerai. Umpama mata hitam dan mata putih. Jika bersekutu kita binasa. Jika bercerai pun kita binasa. Allah Maha Kaya sedangkan kita hamba yang lemah dan tiada daya-upaya jika tanpaNYA. Buat generasi muda, usah gentar usah ragu. Belajarlah, ” Demi Agama, Tanah Air dan Bangsa”.  Sesungguhnya betapa besar ilmu kerahsiaan Allah ini mereka yang pernah mengamalkan tahu fadilat dan kebesaranNYA Allah Yang Maha Agong. Sesungguhnya hanya Dia Maha Mengetahui di atas tiap-tiap sesuatu, kalau Ia menghendakki maka akan jadilah (Kun Fayakun).
 Ingatlah amlan ini sebagai persediaan menghadapi musuh yang sentiasa mencari peluang untuk memerangi kita yang entah dari mana datangnya. Kalaulah amalan ini tidak wujud masakan pertempuran Angkatan Parang Panjang di Batu Pahat Johor dan Sungai Manek Perak mampu menewaskan pasukan pengganas komunis yang menggunakan pelbagai senjata api.  Kalau ada yang tahu dengan amalan ini dan maklumkanlah di mana adanya guru-guru yang berwibawa untuk menerangkan selanjutnya.
Anak-anak muda jika berminat dengan amalan ini jangan mendekati perkara yang ditegah dan dilarang oleh Agama Islam. Pelajarilah Ilmu Tauhid sedalam-dalamnya. Parktikkan jalan mulia yang menuju kesucian jiwa melalui amalan yang murni. Patuhi tuntutan syarak dan sentiasa mendekati Allah. Hanya dengan amalan yang baik yang diredahi Allah akan meletakkan diri kita mampu mengalahkan musuh-musuh Islam yang kini menggunakan pelbagi cara untuk mengalahkan Islam.
Jangan takbur dan ego apabila beramal dengan ayat 4 ini. Kukuhkan persaudaran Islam tanpa memperlekehkan sesama sendiri melainkan atas jalan nasihat bagi memperbetulkan keadaan khususnya yang berkaitan akidah.
← Ayat Empat
Ayat Tujuh →
Ayat Lima
Posted on 24 Jun 2010 by pakcikli00 









  Penjelasan :
Ayat lima ialah ayat-ayat yang diambil dari lima surah dalam Al-Quran:

Ayat pertama: Surah Al-Baqarah ayat 246.
Ayat kedua : Surah Ali-Imran ayat 181
Ayat ketiga: Surah An-Nisaa ayat 77.
Ayat keempat: Surah Al-Maidah ayat 27.
Ayat kelima : Surah Ar-Rad ayat 16.
Setiap satu dari lima ayat itu terdapat sepuluh huruf QAF (kaf besar), sebab itulah ayat lima ini boleh juga disebut dengan Ayat Lima Puluh QAF.
Ibnu Mas’ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w selalu membaca ayat lima ini baik beliau sedang berada dalam negeri atau sedang dalam perjalanan dalam peperangan. Dalam peperangan beliau selalu dapat mengalahkan orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan selalu mendapat pertolongan ALLAH S.W.T.
Sayyidah Aisyah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w menerangkan bahawa bila ayat lima ditulis di dalam bejana, kemudian diisi air dan airnya diminum pada hari jumaat, maka ALLAH akan menyembuhkan penyakitnya kemudian diisi hatinya dengan nur hidayah, keyakinan dan kasih sayang.
Bila selalu dibaca oleh seorang pemimpin, maka akan ditetapkan hatinya oleh ALLAH S.W.T dan diberi pengaruh serta kekuatan, dan patuh kepadanya semua orang-orang yang dipimpinnya.
Jika ditulis dan digantungkan pada hujung senjata untuk menghadapi musuh dalam pertempuran, maka ALLAH akan memecah-belahkan kekuatan musuh.
Jika menghadap raja yang kejam, ia akan terpelihara dari kekejamannya dan tipu dayanya. Ayat lima adalah dinding dari kejahatan manusia dan jin serta syaitan.
Salman Al-Farsi r.a berkata: Rasulullah s.a.w mengajarkan kepadaku ayat lima kemudian beliau berkata: siapa yang membaca dan mengamalkannya, ALLAH S.W.T akan melanjutkan usianya dan mengampuni dosanya dan mudah tercapai apa yang dikehendaki. (keterangan ini diambil dari Tafsir Al-Arais)
← Ayat Lima
Ayat 15 dan fadhilatnya →
Ayat Tujuh
Posted on 24 Jun 2010 by pakcikli00 

  Lazimkanlah zikrullah sebagai ubat dan penawar segalanya. Salah satu daripada zikrullah adalah membaca al-Quran. Dampingi dan hayati kalam kalam Allah yang Maha Agung pasti akan temui jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang kita hadapi.

 Di bawah ini ada beberapa ayat yang dipetik daripada Al-Quran. Ulama-ulama dahulu menamakannya sebagai Ayat Tujuh. Mudah-mudahan dengan berpasakkan keyakinan terhadap Allah kita akan tabah menghadapi setiap ketentuanNya. bersamalah kita mengamalkannya . Ayat Tujuh
1. Katakanlah: Tiadalah akan menimpa kami selain daripada apa yang telah ditetapkan Allah untuk kami. Dialah Pelindung kami dan hendaklah orang2 beriman itu menyerahkan segala urusan kepada Allah. At-Taubah:51
2. Dan jika Allah menimpakan kesusahan kepadamu, tidak ada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia. Dan jika Tuhan menghendaki kebaikan kepadamu, tidak ada yang dapat menghalangi kurnia Tuhan yang diberikannya kepada sesiapa yang disukaiNya dari hamba2Nya Yunus: 107
3. Tidak ada binatang yang melata di muka bumi ini melainkan Allah yang menanggung rezkinya, dan Dia mengetahui kediamannya (bumi) dan tempat menyimpannya (alam kubur). Semuanya jelas termaktub di dalam Kitab yang terang. Hud: 6
4. Aku menyerahkan diriku kepada Allah, Tuhanku juga Tuhanmu. Tidak ada makhluk yang hidup melainkan Dia yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku itu di atas jalan yang lurus (memberi pimpinan yang benar pada manusia) Hud: 56  5. Dan berapa banyaknya binatang yang tidak membawa rezkinya sendiri! Allah yang memberi mereka rezki (termasuk kamu) dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Al-Ankabut: 60
6. Rahmat yang dibukakan Allah kepada manusia tidak ada seorang pun yang akan dapat menahannya. Dan apa yang ditahan Allah tidak akan ada seorang pun yang dapat menganugerahkannya selain daripadaNya. Dan Dia Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana. Fatir: 2
7. Sekiranya kamu bertanya kepada mereka: Siapakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab : Allah! Katakanlah: Bagaimana fikiranmu terhadap apa yang kamu seru selain Allah; jika Allah hendak mendatangkan kepadaku kesusahan dapatkah pujaanmu itu menghilangkannya? Atau Allah mau memberikan kurnia kepadaku; dapatkah pujaanmu itu menolak rahmatNya? Katakanlah: Cukuplah Allah untukku! KepadaNyalah oarang2 yang menyerahkan diri dan urusan mereka itu berserah (dengan penuh keyakinan). Az-Zumar: 38 
Ayat ini biasanya dikenali dengan panggilan Ayat Tujuh. Ianya merupakan gabungan dari ayat-ayat Al-Quran yang terdiri dari beberapa surah.
 Dianjurkan mereka-mereka yang tertekan dengan masalah-masalah duniawi untuk mengamalkan Ayat Tujuh ini selepas solat subuh dan selepas solat maghrib, atau sebelah siang sekali dan malam sekali.
Barangsiapa mengamalkan membacanya di pagi dan petang, insyaALLAH akan merasa aman sentosa daripada segala kebinasaan dan terpelihara daripada pedaya musuh dan bala dengan izin Allah. InsyaALLAH juga Allah akan memudahkan rezekinya, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan, fitnah dan dikasihi hamba-hamba Allah serta dimudahkan atau dikabulkan segala apa yang dicita-citakannya.
Kesimpulannya, ayat ini lazimnya diamalkan dengan mengharapkan redha Allah swt, dan moga-moga Allah swt melepaskan atau memberi kemudahan dari sebarang kesulitan dan kesusahan. 


  Ayat lima belas terdiri atas :
1. Ali Imran : 1-2 dan 18

2. Al-An`am : 95
3. Ar-Ra`d : 31
4. Yasin : 82
5. Al-Fatihah : 2
6. Qaf : 15
7. Al-Hadid : 4 dan 25
8. At-Taghabun : 13
9. Ath-Thalaq : 3
10. Al-Jinn : 28
11. Al-Muzzammil : 9
12. An-Naba : 38
13. Abasa : 18-19
14. At-Takwir : 20
15. Al-Buruj : 20-22
Membaca ayat lima belas dengan seizin Allah SWT dapat berfaedah memenuhi kebutuhan hidup, menyembuhkan orang sakit atau keracunan, serta memberikan keselamatan dan keamanan. Dalam kitab catatan peninggalan para leluhur ada diterangkan tentang keampuhan gaib yang tinggi pada ayat lima belas secara lengkap.
Antara lain:
Ayat ke 1: Mendapat ampunan dosa.
“Alif laamim, allahu laa ilaaha illallah huwal hayyul qoyyum“
Apabila ayat tsb dibacakan kepada orang yang sakit secara terus menerus maka mempunyai keutamaan bahwa orang yang sakit itu akan mendapat ampunan dosa dari Allah SWT.
Ayat ke 2: Segera Hasil Hajat
“Qaaiman bilqisthi dzaalikumullaahu fa-annaa tukfakuuna“
Apabila ayat tsb dibaca terus menerus pada malam hari, maka mempunyai keajaiban, bahwa orang yang mempunyai hajat dan belum berhasil maka Allah akan cepat menghasilkan hajatnya orang yang membacanya.
Ayat ke 3: Pengasih semua orang
“Walau anna Qur’aanan suyyirot bihil jibaalu auquththi-at bihil ardhu au kullima bihil mauta balillaahil amru jamii-an”
Apabila ingin dicintai oleh semua orang baik laki laki maupun perempuan atau lawan berganti menjadi kawan, maka ayat ke 3 mempunyai daya keampuhan yang tinggi untuk itu bila dibaca 7x (tujuh kali) lalu sebutlah nama orang yang dimaksud, insya allah akan berhasil.
Ayat ke 4: memberi pelajaran pada orang zalim
“Innamaa amruhuu idzaa araada syai an an yaquula lahuu kun fayakuun”
Apabila ayat tersebut ditulis dikertas kemudian ditulis juga nama orang yang zalim, maka mempunyai keanehan setelah tulisan tersebut ditulis lalu ditindih dengan batu maka orang zalim yang dimaksud akan mengalami sakit. Tapi perlu di ingat bahwa perbuatan yang demikian adalah dosa besar sehingga allah akan melaknat ummatnya yang berbuat aniaya dan menyenangi umatnya yang pemaaf.Tangan mencincang bahu memikul, barang siapa berbuat keburukan akan mendapat buah keburukan. Nauzubillah!!!
Ayat ke 5: Untuk menunaikan segala hajat
“Alhamdulillaahi rabbil aalamiin”
mempergunakannya dengan cara dibaca sebanyak 7x sambil menahan nafas, lalu sampaikan hajatnya.
Ayat ke 6: Menawarkan Racun
“Balhum fii labsiin min khalqin jadiidin”
Bacalah ayat ke 6 sebanyak 7x pada 7 butir beras atau gandum dalam bejana mangkuk putih porselin yang sudah dituangi air. Lalu airnya minumkan dan beras atau gandumnya dimakan oleh orang yang terkena racun, dengan izin Allah racun akan akan tawar dengan cepat.
Ayat ke 7: Juga menawarkan racun
“Wahuwa ma-akum ainamaa kuntum wallaahu bimaa ta’maluuna bashiir”
Bacakan pada air kelapa hijau sebanyak 3x lalu diminumkan airnya pada orang yang terkena racun, insya aalh seketika racunnya akan tawar dengan qudrat irodat allah.
Ayat ke 8: Untuk terhindar dari marabahaya dan ampunan dosa
“Innallaaha qawiyyun aziizun. Allaahu laa ilaaha illaa huwa wa alallaahi fal yatawakkalil mu’minun”
Dibaca dengan penuh keikhlasan dalam keadaan berwudlu (tidak berhadas) maka akan diampuni oleh allah dosanya. Dan jika dibaca ketika akan tidur maka selama tidur akan dilindungi allah dari segala marabahaya kebakaran, maling, pembunuhan, bencana alam dsb, insya allah.
Ayat ke 9: Untuk Keselamatan dari Penyakit Menular
“Wamayyatawakkal alallaahi fahuwa hasbuhuu innallaaha balighu amrihi qad ja-alallaahu likulli syai-in qadraan”
Apabila dibaca akan menjadi tangkal yang ampuh dan jika ayatnya ditulis pada kulit kijang atau harimau kemudian dimasukkan dalam potongan bambu atau tabung lalu ditutup dan ditanam pada tengah kampung, desa atau kotamaka seluruh penduduk akan selamat dari penyakit menular. Metode ritual ini mungkin saja jawaban atau dapat juga dijadikan alternatif ditengah hingar bingarnya wabah penyakit menular yang disebabkan virus virus berbahaya yang belum diketahui identitasnya bahkan virus virus berbahaya yang sudah diketahui identitasnya seperti Flu burung,flu babi flu flu lainnya.makanya peninggalan leluhur itu sangat banyak sekali yang harus kita gali dan lestarikan sepanjang sejarah.
Ayat ke 10: untuk hajat duniawi dan ukhrowi cepat terkabul
“Wa ahaatho bimaa ladaihim wa ahshaa kulla syai-in ‘adadan”
Bila dibaca ayat ke 10 ini secara kontiniu maka hajat duniawi dan ukhrowi insya allah segera terlaksana…amiin.
Ayat ke 11: Untuk meredakan orang yang mengamuk/emosi
“Robbul masyriqi wal maghribi laa ilaaha illaa huwa fatta khidzhu wakiila”
Dibaca pada 7 butir padi kemudian dibawa menghadapi orng yang sedang marah atau mengamuk maka kemarahan dan kebencianya akan reda dengan sendirinya berkat izin Allah SWT.
Ayat ke 12: Untuk hajat agar cepat tercapai
“Laa yatakallaamuuna illa man adzina lahu rrahmaanu waqaala shawaaban”
bagi siapa yang mengamalkan ayat ini maka segala hajatnya akan cepat ditunaikan oleh Alah SWT, amiin
Ayat ke 13: Untuk melumpuhkan perampok dan pembegal
“Min ayyi syai in khalaqahuu min nuthfatin khalaqahuu faqaddarahuu”
Dari zaman dahulu hingga sekarang perampokan dan pembunuhan terus saja terjadi dimana mana, bukan saja ditempat tempat yang sepi namun juga ditempat keramaian. nah! ayat yang ke 13 dari 15 ayat ini jawabannya. Apabila suatu waktu anda dihadang oleh perampok tidak bersenjata maupun bersenjata maka janganlah bingung atau berputus asa. caranya serahkan diri pada allah sehingga kita akan timbul keberanian sebab sebelum ajal berpantang mati. kemudian ambilllah debu secepatnya kemudian ayat ke 13 sebanyak 7 x ulang lau tebarkan ke sekeliling. Insya allah dengan kekuasaan allah seketika para pembegal akan kebingungan saling bentrok antara teman sehingga tidak berdaya.
Ayat ke 14: Melemahkan penguasa jahat dan kejam
“Inda dzil arsyil makiini”
Seorang raja, presiden atau para pejabat pemerintah juga penguasa hukum dan penegak hukum selalu kita temukan arogan dan menyombongkan diri atas kekuasaan yang diembannya atau wewenang yang dimilikinya, penyalahgunaan wewenang selalu saja kita temui ketika berhadapan dengan mereka. tanpa mereka sadar atau dalam keadaan sadar menganggap bahwa kekuasaan atau jabatan yang diembannya itu kekal tiada berujung..nau’uzubillah!!! jika anda mengalami seperti ini sebagai antisipasi ayat 14 ini jawabannya. caranya: Bacalah 7x sambil menahan nafas ketika berhadapan dengan penguasa lalim kemudian hembuskan pada penguasa tersebut sambil mohon dalam hati agar dilindungi allah dari kejahatannya dan dimudahkan segala urusan dengannya.
Ayat ke 15: untuk membuka gembok atau tali ikatan
“Wallaahu min waraa ihim muhithun bal huwa qur aanun majidun fii lauu hin mah fudhin”
Meski tidak diterima nalar namun semua kekuasaan allah nyata di alam ini. semua yang mustahil dijawab oleh allah denagn adanya ciptaannya di alam ini. sesunguhnya manusia tidak memiliki kekuatan selain kekuatan yang diamanahkan allah pada kita sebagai sifat NYA. jadi, janganlah menyombongkan diri dan menganiaya pada sesama. kemudian taatlah pada hukum allah. ayat yang ke 15 ini sungguh luar biasa dan nyata, barang siapa kehilangan kunci sehingga gemboknya tidak bisa dibuka maka dengan sarana membaca ayat ke 15 sebanyak 21x kemudian hembuskan pada gembok tersebut maka seketika gembok itu akan terbuka dengan izin allah. dengan cara yang sama dapat juga membuka ikatan tali atau rantai. Namun jangan coba coba disalahgunakan sebagai sarana membuka gembok untuk mencuri/mengambil miliki orang lain tanpa izin, sebab tuah keampuhannya tidak akan berfungsi.

Doa untuk ketenangan jiwa
Posted on 29 Ogos 2012 by pakcikli00 

Nabi SAW menyuruh umatnya agar mengamalkan doa pagi dan petang bagi mengatasi masalah jiwa, antaranya seperti diriwayatkan oleh Abu Daud, daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a iaitu:
“Allahumma inni a’uzubika minal hammi walhazan. Wa’a’uzubika minal ‘ajzi wal kasal wa’a’uzubika minal jubni wal bukhli, wa ‘a’uzubika min ghalabatid daini waqahrir rijaal.
bermaksud: 
Ya Allah aku berlindung kepada-Mu daripada rundungan sedih dan duka. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Aku berlindung kepada-Mu dari beban hutang dan penindasan orang).” 
  BISMILLAH 5
1. Bismillahir Rahmanir Rahiim

2. Bismillahish Shaafii
3. Bismillahil Kaafii
4. Bismillahil Mu’aafii
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis sama’i wa huwas samii’un ‘alim
* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
* Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
* Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
* Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
* Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Antara fungsi Bismillah 5 ni:
*penawar bisa diri
*penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
*penawar bisa-bisa badan
*penawar bisa batu merian
*boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya
Cara menggunakan Bismillah 5 :
1.letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali kmdn tiup tempt tadi, kemudian baru tiup di air; atau
2.kalau tpt sakit tu tak boleh diletakkan tangan krn sakit atau sukar utk meletakkannya, letakkan tangan di anggota lain dengan penumpuan hati dan perasaan bahwa tempat tersebut adalah anggota yang sakit.
Kesan Sampingan:
Dengan mengamalkan Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Enam dan Bismillah Lima akan pecah pecah dengan sendirinya jika kandunga
nnya mengandungi racun.


About these ads 
About these ads 


Amalkan ayat ini selepas setiap kali lepas sembahyang kerana fazilatnya amat besar. Dengan beramal dengan ayat ini Allah swt akan menjadikan pagar baginya di dalam sebarang situasi kecemasan. Sekiranya menghadapi musuh yang menyerang maka tidak akan dapat dibinasakan oleh musuh malah akan mendapat kemenangan.

Seterusnya, dengan mengamalkan ayat ini sebarang hajat akan di tunaikan oleh Allah swt.

Baca oleh mu bismillah ini selepas sembahyang fardhu subuh supaya mendapat pahala seperti orang yang mengerjakan haji seratus ribu kali, khatam Quran seratus ribu kali,

seperti memerdekakan seratus ribu hamba dan seperti seratus ribu kali selawat ke atas nabi.
Oleh itu, bacalah oleh mu sekali sehari semalam dan jika tiada kuasa bacalah sebulan sekali dan jika tiada kuasa juga bacalah setahun sekali nescaya Allah bukakan pintu syurga dan ditutupkan pintu neraka dan dipelihara daripada mati terkejut dan dipelihara pula dan dipelihara pula daripada panas padang mahsyar dan bahaya titian sirat dan azab kubur dan seteru.
  Adalah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW pada suatu hari sedang baginda duduk di dalam masjid Madinah, maka Jibril pun datang membawa firman. Ujarnya,”Ya Rasulullah. Salam Allah Ta’ala pada tuan hamba dan firmannya: Hai kekasihku adapun doa haikal (7 doa ini) dihantarkan pada tuan hamba. Maka barangsiapa tiada

percaya akan doa ini, kafirlah ia dan barangsiapa membacanya atau menyimpannya maka Allah SWT melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka.
Ya Muhammad. Barangsiapa menaruh doa ini di dalam rumahnya, maka tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu. Barangsiapa suratkan doa ini dan dipakai diperbuat tangkal(azimat), nescaya lepaslah ia daripada azab sengsara dan wabak, serta duduk dalam aman. Dan barangsiapa menaruh doa ini, sentiasalah ia dihormati orang dan termulialah ia pada orang ramai dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakaratulmaut itu. Maka dengan mudah sahaja nyawa itu keluar.
Barangsiapa membaca doa ini tiap tiap hari, dan jika tidak boleh membacanya diperbuatnya azimat. Nescaya beroleh pahala umpama membaca 70,000 kali khatam Qur’an dan 70,000 mati syahid dan 70,000 kali naik haji dan mendapat kebajikan seumpama membuat 70,000 masjid dan seperti memerdekakan 70,000 hamba dan seperti menjamu 70,000 orang berbuka puasa dan mendapat pahala 70,000 orang hafiz qur’an dan beroleh kebajikan kemenangan 70,000 orang perang syahid dan pahala 70,000 alim dan 70,000 abid dan 70,000 malaikat dan 70,000 orang yang berakal dan 70,000 nabi dan kebajikan dan beroleh kekayaan dan kebesaran Jibril, Mikail, Israfil, ‘IzrailAlaihissalam.
Ya Muhammad SAW. Barangsiapa menaruh maka dengan berkatnya terlepaslah ia daripada segala orang yang membuat fitnah dan luputlah ia daripada sekelian bala dan jika ada ia berhutang, nescaya terlepaslah ia daripada hutangnya itu dan segala musuhnya pun binasalah.” Kisah benar pada zaman dahulu: Ada seseorang yang terkena tohmah mencuri di negeri Baghdad. Maka dibawa orang akan dia mengadap hakim negeri itu kemudian dijatuhkan hukuman bunuh ke atasnya. Maka dipancung oleh tukang pembunuh akan dia. Tiada luka. Diselamkan ia di dalam air. Tiada lemas. Kemudian dibakar ia akan dia. Itupun tiada terbakar. Maka apabila dilihat oleh hakim akan hal yang demikian, lalu bertanya hakim, “Apakah amalan yang menyebabkan suatu perkara pun tiada boleh mencederakanmu?” Maka sahut pencuri itu, “Ada di kepala hamba fadhilat doa haikal. Maka oleh berkat doa itu, suatu perkara pun tiada boleh mengenai hamba dan suatu bala pun tiada dapat menghampiri hamba.” Maka apabila didengarnya oleh hakim akan kata kata pencuri itu. Lalu dibawanya menghadap raja serta dipersembahkannya sekalian hal pencuri itu. Maka baginda mengurniakan pencuri tersebut seberapa banyak harta dan melepaskannya.
Kemudian fadhilat doa haikal itupun disuruh salin dan ditaruh padanya. Adapun khasiat doa haikal ini terlalu banyak. Sekadar diambil ringkasannya sahaja di sini. Sesungguhnya tiadalah syak lagi. Barangsiapa tiada percaya doa ini nescaya menjadi kafir Nauzubillahi min suuil i’tikad
Dan doa haikal tersebut sebenarnya adalah susunan daripada ayat-ayat Quran Al-Karim dari beberapa surah seperti berikut:
1. Haikal 1: ayat kursi (Al-Baqarah: 255);
2. Haikal 2: Ali-Imran: 35 Al-Isra’: 77 – 80;
3. Haikal 3: Al-Baqarah: 285 – 286;
4. Haikal 4: Al-Isra’: 81 – 85;
5. Haikal 5: Maryam: 4 – 6 Al-Fath: 27;
6. Haikal 6: Al-Jin: 1 – 4; dan
7. Haikal 7: Al-Qalam: 51 – 52
Untuk rujukan anda boleh download doa tersebut yang telah di simpan dalam format PDF melalui butang download di bawah ini. Semoga mendapat faedah dan pengajaran kepada kita semua. Insya Allah
  1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman

tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan
terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”
9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah
penerang hati. 



About these ads 




1. Baca Surah Thaaha ayat 1~5
2. Baca Surah Al-Imran ayat 31, 83 dan 200
3. Baca Surah Thahaa ayat 39
4.Amalkan 3 Qul…
InsyaAllah berkekalan rasa kasih sayang.





  Bacalah Surah Yusuf Ayat 4
Bermaksud:”Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,” Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”
Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39
Bermaksud:”Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku.”(Qs.thaahaa:39)
Caranya:Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/ suami, bacalah kedua ayat ini.
Utk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dgn hanya membaca di dalam hati.Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.
* Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dengan tujuan yang tidak baik.
amalkan surah Thaha. Ayat 1-6 baca dan amalkan untuk melembutkan hati.

Bacalah: Ya Rahman Ya Rahim (100 kali) sebagai wirid selesai solat untuk doa pengasih.
Amalan penyeri wajah samada untuk lelaki atau perempuan petuanya adalah seperti berikut pada hari selasa tepat jam 12 tengah malam ambil segelas air mineral atau air masak bekaskan di dalam cawan jangan tutup air itu dan selawat sebanyak 10 kali letakkan di luar rumah cari tempat yang sesuai supaya mudah terkena embun dan ambil air itu setelah lepas solat subuh, baca Bismilah 7 kali dan minum air itu dantinggalkan suku gelas untuk sapu di muka buat tiap-tiap hari selasa, kesan keajiabannya akan dirasai jika diamalkan dalam masa 7 hari amal kan nya selalu sehingga wajah kelihatan berseri seri.
  Maksudnya ialah :
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.

Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”
Ayat 1000 dinar ini adalah sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Ramai orang menganjurkan supaya mengamalkan ayat ini untuk memperolehi kejayaan atau keuntungan. Ramai peniaga menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan mereka, dengan harapan supaya perniagaan bertambah maju. Ramai pula yang menghafal ayat ini untuk dibaca dimasa-masa yang sesuai, seperti selepas solat.
Memang kita tidak boleh menafikan kelebihan ayat 1000 dinar. Malangnya, pendekatan sebahagian orang mengenai ayat ini, adalah sesat dan tidak betul. Jika kita lihat terjemahan ayat ini, ia mengandungi dua pengajaran iaitu supaya kita bertaqwa dan bertawakkal. Oleh itu, pendekatan yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini ialah dengan bertaqwa dan bertawakkal. Kenalah kita pelajari bab bertaqwa dan bertawakkal.
Kalau menampalkan pelekat ayat 1000 dinar ini di premis perniagaan, tapi solat tidak dikerjakan, amalan tidak jujur dalam perniagaan terus dibuat atau sebagainya, ini tidak bermakna kita mengamalkan ayat 1000 dinar. Tujuan menampalkan pelekat itu hanyalah sebagai cara supaya kita selalu beringat untuk bertaqwa dan bertawakkal. Begitu juga kalau kita baca ayat ini beribu-ribu kali dalam sehari, sedangkan kita tidak bertaqwa dan bertawakkal, itu juga bukan cara yang betul mengamalkan ayat 1000 dinar. MENURUT ulama termasuk ulama besar ilmu tafsir, ada banyak faedah dan  fadilat yang diperoleh daripada amalan ayat seribu dinar iaitu baris  terakhir ayat kedua dan bersambung dengan ayat ketiga daripada surah  al-Talaq. 
  Antara fadilatnya ialah mendapat rezeki yang tidak disangka bahkan  memperoleh rezeki menurut jalan yang tidak pernah terfikir,  melenyapkan segala bentuk kesusahan serta dijauhkan daripada keraguan  dan kesusahan maut. 
Menurut banyak riwayat, sebab ayat seribu dinar diturunkan Allah  adalah kerana peristiwa berkaitan seorang sahabat bernama Auf bin  Malik al-Asyja’i yang mempunyai anak lelaki ditawan kaum Musyrikin.   Beliau mengadu perkara itu kepada Rasulullah SAW dan Baginda meminta  Auf supaya bersabar sambil bersabda kepadanya yang  bermaksud: “Sesungguhnya Allah akan memberi jalan keluar kepadamu.”   Ternyata tidak lama selepas itu anaknya dilepaskan daripada tawanan  pihak musuh dan dalam perjalanan ia terserempak seekor kambing  kepunyaan musuh lalu dibawanya kambing itu kepada ayahnya.
  Kemudian turunlah ayat yang bermaksud: “Siapa yang bertakwa kepada  Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari  jalan yang tidak disangka-sangka dan tidak terfikir sebelumnya.”  (Hadis riwayat Ibnu Jarir)   Menyingkap khasiat dan kegunaan pelbagai surah dalam al-Quran, buku  Amalan Mustajab dan Murah Rezeki hasil tulisan Nurhafiz Abdullah  memberi tumpuan kepada hikayat yang dikaitkan dengan ayat seribu  dinar. 
  Ini termasuk riwayat hartawan yang bermimpi didatangi lelaki meminta  beliau bersedekah 1,000 dinar kepada fakir miskin dan kisah Malik bin  Dinar yang dapat dibaca pada bahagian awal buku berkaitan ayat seribu  dinar.   Pada masa sama, buku setebal 162 halaman ini turut mendedahkan  fadilat dan khasiat ayat surah al-Fatihah, al-Kursi, al-Qadr, al- Ikhlas dan beberapa surah lain supaya dapat diamalkan pembaca bagi  menyelesaikan masalah dihadapi dalam kehidupan. 
  Begitu juga doa untuk kejayaan, keberkatan hidup serta murah rezeki  yang dilampirkan dalam usaha mengajak manusia tabah menghadapi ujian  yang didatangkan dan berusaha mencari jalan penyelesaian dengan  bermohon kepada Allah.   Ada 30 doa memohon pertolongan Allah disediakan dalam buku Amalan  Mustajab dan Murah Rezeki yang boleh dijadikan panduan serta amalan  harian termasuk doa memohon dibuka pintu rezeki, diberi kecerdasan  akal dan hati serta memohon sentiasa dicintai Allah.
  Kandungan buku ini menekankan hal berkaitan fadilat dan khasiat  beramal dengan ayat wahyu Allah dalam al-Quran serta hadis Rasulullah  SAW sebagai jalan keluar bagi mereka yang berhadapan kesusahan selain  ingin mencapai hajat untuk diri, keluarga serta orang lain. 
  Buku Amalan Mustajab dan Murah Rezeki adalah rujukan sumber ilmu yang  bukan saja menjadi penawar malah, malah mendorong pembaca  memperbanyakkan ibadat sunat dengan membaca ayat al-Quran seterusnya  menjadikannya sebahagian amalan harian.  
Ilmu yang berkat adalah ilmu yang dimanfaatkan, semoga usaha penulis  menyampaikan maklumat kepada pembaca yang akan memanfaatkannya  membawa kedua-duanya beroleh keredaan Allah serta rahmat dalam  kehidupan di dunia dan akhirat.
About these ads 







6 komentar:

  1. saya dan keluarga pulangkan semua kamu punya

    BalasHapus
  2. Saya dan keluarga pulangkan semua kamu punya

    BalasHapus
  3. Qobiltu..izinkan saya mengamalkan salah satu ayat tersebut dgn tata caranya..insya ALLAH..

    BalasHapus
  4. Saya dan keluarga memulangkan kepunyaan kamu aliimran189.blogspot yang ada pada kami

    BalasHapus
  5. Macam mana ya Klau suami curang

    BalasHapus